"Motherhood...What a glorious career!"


Sesiapa yang sedang mencari-cari rumah untuk dibeli di Seremban, mungkin ini pilihan yang baik kerana lokasinya terletak berhampiran dengan surau d& Pusat Perniagaan Taipan Senawang.

Alamat Rumah:
No 11, Jalan Cempaka 22
Taman Cempaka Fasa 2
70450 Seremban
Negeri Sembilan

Jenis Rumah: Teres Dua Tingkat (Freehold),

Rumah tengah dan berkeadaan baik

Saiz Rumah: 22' X 75' sq feet

Bilik : 4

Kondisi : tiada pengubahsuaian,

TETAPI LENGKAP DENGAN GRILL.

Lokasi : Terletak di hadapan Surau Al-Amin, Taman Cempaka 2, berhampiran Pasaraya Giant Senawang dan Pusat Perniagaan Taipan Senawang.

Jika berminat atau untuk keterangan lanjut, sila hubungi Syaffik 013-2089065, elly 013 3337978

30.11.09

bila aydan demam

.....semua jadik haywire!
aydan muntah habis baju, bedsheets. car seat, kasut, tisu basah, selimut,
dah lap2 semua pun aydan still nanges lagi..
pastu perang pulak makan ubat.
susahnya hati.

tapi bila semua dah setel, aydan diam aje tengok tom-tom bak,
suara pun tak keluar.

tsk tsk...  :(

26.11.09

salam raya Aidiladha

wishing all good holidays for Aidiladha,drive safely. 
from elly, aydan,aisyah & kapten syaffik




Korban disyariatkan bagi mengingatkan manusia bahawa jalan menuju kebahagiaan memerlukan pengorbanan.Yang dikorban bkn manusia, bukan pula nilai2 kemanusiaan ttp binatang sbg tanda yg pengorbanan harus ditunaikan & yg dikorbankan adalah sifat2 kebinatangan dlm diri (rakus, tamak, ego, mengabaikan norma,dll) 
Kesimpulannya, kesempurnaan ibadah korban bermaksud membunuh segala sifat kebinatangan yg terdapat dlm diri manusia.

 
*rindunya........


14.11.09

mat tom, 6 times. (up to 1507 frm 1230)

aaarr,presenting my precious turning two who really into tom tom bak(astro channel 611)-i-can-watch-6times-in-a-row-in-a-day boy,mat tom!!
seriously, we bored with the show already, mahu muntah hijau..but he keep it on ober and over.
tom tombak song already lingered in my ears everyday, every time, same goes to paknil's voice.(lucky he has a very 'friendly' voice unlike farah fauzana. that one surely make my head go ding dong! )


 senyum senyum mat tom.

 
start small, think big, thats why u cheeky.suka buat ibu geram!

 
kerusi ni mahal la mat tom, tak worth beli.

 
mat tom sakan! happy tok record his favorite show sampai nampak anak tekak ish ish.



u think pak nil really talking to you eh?


    mat tom mat tom, what ever it is you still own my two heart.
"nak bak, nak bak, finisshhh,nak bak nak bak, finissshhh, nak bak nak bak finissshhhhhh.."

adoi la anak kapten sapik!



4.11.09

Siapa nak anak jadi hantu!

(Some data taken frm book: Al Mar’atus Shalihah (Wanita Salehah),
Penyusun Majlis Ulama Afrika Selatan)

Ibu, mama, mak, mommey, ummi, mama, mek (pantai timur)
–satu panggilan pada insan yang melahirkan, menjaga dan mendidik, yang tersayang dalam hidup kita.
Since we born, until we have our own newborn, mothers are the one who supported our journey. Full of advices, breaks and ups, sad and happy moments.

Cara ibu saya membesarkan saya amat berbeza dengan ibu lain.(yang saya kenal)
1. dia tidak pernah benarkan saya bermalam dirumah kawan melainkan ibu kawan itu beri keizinan, itupun setahun jarang sekali. “There is no need” she said.
2. dia tidak pernah benarkan saya berboyfriend, dan tidak open berbincang mengenai berboyfriend.jgn berani nak sebut boyfriend sekalipun!
3. dia tidak benarkan saya bergayut di telefon
4. dia amat mementingkan solat sehingga sanggup mengintai kelakuan saya
5. dia selalu buat spot-check di sekolah semasa di sekolah menengah
6. dia tidak benarkan saya outing
7. dia tidak akan lepaskan kami 2 beradik lepas dari matanya jika keluar bersama
8. dia akan biarkan saya mengemas rumah, dapur, bilik2, ruang tamu, toilet, segala tangga, dan mak nenek home accessories untuk dibersihkan tanpa pertolongan.
9. dia akan bersoal-jawap tanpa lengah jika ada perkara yang dirasakan “mencurigakan”
10. dia tidak beri kebenaran untuk memegang duit lebih dari RM50 SEBULAN.
11. dia akan mengamuk jika saya bangun lewat pagi atau tidur lewat petang
12. dia akan berikan saya tugas menyiapkan adik yang sorang itu dari mandi-gosok gigi-sabun-lap2 seawal darjah 4
13. and the list can go and on

time tu, memang menyampah dengan hidup saya.
Orang lain boleh itu,boleh ini.
Kenapa saya tak?
Kenapa ma semuanya tak boleh. Not a yes mother, everything is NO.
Memang tak paham, memang benci dengan keadaan saya.

TAPI ITU DULU!
Where I’m half the age now, where I am not married and have 2 kids in my need and guidance.
Dimana dalam umur kita sekarang insyaallah kita juga telah bergelar ibu(in my case).
Ibu adalah orang yang mempunyai kedudukan utama dalam menentukan dan mengarahkan serta memutuskan PERANAN dan AKHLAK anak2nya.

Kerana anak2 adalah amanah, kepercayaan yang suci yang tidak boleh kita lakukan secara kejam. Orang tua yang mengkhianati amanah ini kerana gagalnya kita membawa tugas dan kewajipan keibubapaan dengan cara yang dikehendaki Islam termasuk diantara kejahatan yang paling buruk dan pengkhianat.
Kerana mereka (ibubapa) seolah2 meratakan jalan untuk kehancuran masa depan keturunan sendiri.
Takutkan dengan phrase ini?meratakan jalan untuk kehancuran masa depan anak kita?
Sanggup? Saya bayangkan pun dah ketar lutut!
Belum lagi dengan masalah sosial dizaman mereka lagi.

Nabi s.a.w. bersabda :
Dan wanita adalah pemimpin dalam rumah tangga bagi suami dan anak2nya.
Dan semua kamu akan ditanya tentang orang yang berada di bawah penjagaannya.

I have gathered some advices, mengenai cara membesar dan mendidik anak- anak demi masa depan keturunan kita. Pokok pangkalnya sanggup tak? Since some of it is actually become our routine:

1. ‘habit’ yang dilihatkan pada kanak-kanak perlu diteliti dan difikirkan baik buruknya. Perangai buruk/baik dan sifat-sifat yang diperolehi mereka akan melekat dalam kehidupan anak seterusnya. Kita dinasihatkan memerhati dengan tekun pada habit yang dibawa semenjak kecil dan berkembang dalam karektornya.


2. jangan takutkan anak, dengan menanamkan ketakutan dalam dirinya pada perkataan hantu contohnya. Ini adalah cara tarbiah(contoh) yang terburuk sekali! Anak kita akan tumbuh dengan hati yang lemah dan menjadi penakut kerana kejahilan kita, walaupun pada asalnya tujuan orang tua adalah untuk mengelakkan anak melakukan perkara yang tidak mereka sukai. Paling tidak kita bertujuan untuk memberanikan mereka.


3. berikan anak waktu makan yang tetap. Jangan ganggu ‘habit’ ini, kerana akan mengganggu kesihatan.


4. biasakan mereka untukmembersihkan gigi mulai usia kecil lagi. Latih mereka untuk mencuci tangan, berkumur dan mengelap mulut/tangan sesudah makan apa sahaja, walaupun minum SUSU.


5. ajarkan anak adab2 dalam islam. Kita mempunyai adab makan,minum, tidur, memakai pakaian, adab masuk dan keluar tandas atau rumah dan pelbagai lagi. Lengkap dengan doa dan niat, perbuatan tangan/kaki dimulai kanan/kiri, tambahan dengan bacaan bismillah pada setiap perbuatan untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.


6. apabila anak mulai pandai bercakap,PERTAMA2 ajarkan untuk menyebut KALIMAT ALLAH TAALA. Apabila mereka mula bercakap, ibubapa hendaklah membacakan ayat2 Al- Quran, nama2 Allah dan kalimah2 yang baik untuk anak. Pemikiran bayi mudah menerima dan menyimpan apa yang didengar dan dilihat.


7. orang tua jangan bertelanjang di hadapan anak-anak yang berusia enam bulan.


8. jangan biasakan anak mencintai kemewahan dan perhiasan dunia. Tanamkan sifat kesederhanaan.


9. biasakan dari sekarang memakaikan pakaian yang agak lusuh kepada anak2 walaupun anda orang yang kaya.


10. apabila anak perempuan mencapai usia remaja, jangan benarkan ia memakai barang2 perhiasan. Cintakan perhiasan akan membiak dalamdirinya mulai usia kanak2.


11. tanamkan sifat pemurah dalamdiri anak. Biasakan mereka memberi makanan dengan tangan mereka sendiri kepada orang miskin.


12. bahagikan barang2 antara anak perempuan dan lelaki (adik beradik mereka). Berikan anak yang paling tua untuk membuat pembahagian dibawah pengawasan kita.


13. selalu membuat teguran kepada mereka bagi anak yang makannya lebih banyak.


14. jangan biarkan sifat keras kepala anak2. sikap ini adalah fatal bagi perkembangan moral dan spiritual mereka.


15. jangan biarkan mereka daripada menjerit2 dan berbicara dengan suara yang tinggi seperti orang yang bergaduh.


16. jangan biasakan mereka bercampur gaul dengan anak2 yang lain. Adik beradik lelaki dan perempuan boleh bermain bersama dalam ruangan terbatas. Ini membuatkan kita dapat mengawasi perkataan dan perbuatan mereka.


17. jangan membiarkan anak2 berjalan ke rumah jiran.


18. pengaruh yang paling merosakkan adalah TELEVISYEN.ingatkanlah masa depan anak2 anda. Untuk kebahagiaan dan keselamatan mereka diakhirat, maka jangan sekali2 memperkenalkan keburukan ini ke dalam rumah mereka.


19. jangan berikan mereka mainan dalam bentuk orang/binatang atau permainan yang digambar dalam rupa manusia atau binatang.


20. tanam dalam diri anak supaya tidak suka berbohong, tamak, irihati, sombong, hasad dan semua sifat yang buruk. Awasilah perkembangan anak, berilah nasihat, pengajaran dan teguran secara on going biarpun mereka mencecah kedewasaan.


21. jangan berteriak kepada anak2. Tunjukkn kesalahan mereka dan jelaskan keburukan mengenai sesuatu, semampu yang kita dapat jelaskan.


22. jangan menghukum anak dalam keadaan kita marah. Ini satu tindakan yang tidak adil. Rancangkan satu hukuman yanglayak dan lakukanlah setelah marah kita reda.


23. ajarkanlah anak untuk mengurangi bercakap dan ketawa berlebihan.


24. segera panggil anak apabila mereka melakukan sesuatu perbuatan buruk/ bertingkah laku yang tidak baik. Ini memperlihatkan kita memberi perhatian pada gerak geri mereka.


25. hukumlah anak jika ia berkelahi dengan orang lain.jangan biarkan perbuatan buruk itu. Membiarkan kelakuan yang mengganggu seperti itu sama seperti menghancurkan anakmu sendiri.


26. biasakan anak untuk bangun tidur awal.


27. pada usia 7 tahun pastikan anak menjaga solat dengan teratur. Jika mereka mencapai umur 10 tahun dan masih tidak menjaga keteraturan solat, berikanlah hukuman yang sepatutnya. Penting bagi anak untuk dibiasakan menjaga solat dengan istiqamah dan awal waktu selagi mereka dalam usia yang masih kecil.


28. orang tua hendaklah menyediakan masa setiap hari untuk dapat berkumpul bersama anak2 supaya dapat membacakan buku2 yang baik. Contoh kisah2 para nabi dan orang2 soleh, sangat bagus dibacakan dan disampaikan pada mereka.


29. jangan biarkan anakmu membaca komik, majalah2 bergambar atau buku2 barat dan majalah yang merosakkan moral dan karektor anak.


30. jangan berikan wang kepada mereka untuk dibazirkan dengan kehendak yang tidak perlu.


31. galakkan anak untuk membaca buku2 Islam.


32. jangan berikan anak bermain pertarungan semacam judi (permainan yang ada kalah menang-maisar)


33. berikan peringatan jika anak mencemuh, membuat jenaka kerana appearance atau kelainan bentuk orang lain. Jelaskan kepada mereka bahawa semua orang adalah ciptaan Allah dan semua ciptaan adalah dengan Kehendak dan Kebijaksanaan Allah.


34. biasakan dalam diri anak untuk melakukan kerjanya sendiri. Biarkan mereka kemas tempat tidur sendiri, merapikan pakaian dan ruangannya sendiri. Ajarkan mereka supaya sentiasa bersih dan rapi. Ke’sepah’an dan kelalaian adalah lumrah dalam diri anak2. orang tua harus repetitive melatih anak tanpa putus asa.


Dalam kebiasaan ini,orang tua tidak harus memukul anak2 mereka. Berikan warning yang akhirnya akan memberi kesan pada mereka. Anak2 harus diajar untuk tidak menaburkan barang kesana kemari.


35. jangan biarkan anak melakukan sesuatu seara diam2 atau sembunyi daripada pengawasan orang tua.Apabila anak melakukan secara diam2 tersembunyi, tidak mengkehendaki yang lebih tua mengetahui, maka ini menunjukkan anak itu tahu perbuatannya itu salah. Ini memberikan mereka tahap kematangan fikiran dan tahu erti tidak jujur..


36. ajarkanlah anak2 untuk bersikap tawadduk. Jangan biarkan mereka mengagungkan sesuatu menjadi miliknya.


37. apabila seorang anak menyelesaikan suatu tugas dengan baik, ucapkan selamat kepadanya dan sekali-kali berikan hadiah sebagai penghargaan.


38. orang tua jangan bertengkar dengan orang lain / sesama sendiri di depan anak2.


39. ibu hendaklah sentiasa mengajar anak2nya untuk mencintai ayah serta menghormatinya.


40. jangan biarkan anak keluar rumah pada waktu Maghrib.
Hadis nabi s.a.w. melarang ini. Syaitan berkeliaran dalam jumlah yang banyak sesudah Maghrib dan menginginkan malapetaka bagi anak-anak.


Jawapannya KENA SANGGUP, demi anak.
Tegas biar pada agama, lembut biar pada kasih sayang.
anak akan paham dengan sendirinya jika kita bertegas dengan perkara yang melibatkan masa depan, akhlak dan kematangan diri.
(setidak-tidaknya mungkin selepas mempunyai keluarga sendiri)

Baru saya paham, being a mother conscious my mind and mature my thinking.
Kecik-kecik saya tak paham, besa panjang dah jadi ibu then I know.And im sure ibu mana nak anak jadi hantu,kerana setiap ibu tentu mahukan yang terbaik!

p/s : ma(if u readla), I’m sorry k for the past. u know i love u
THANK YOU.
*hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs*
*hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs* *hugs*

"barang siapa yang durhaka kepada kedua orangtuanya, niscaya anaknya akan durhaka kepadanya" {al hakim}

-a reminder for me too-
Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers

HUSBAND & WIFE

HUSBAND & WIFE

WIFE & KIDS

WIFE & KIDS
Lilypie Third Birthday tickers

KIDDO NO 1

KIDDO NO 1
Lilypie First Birthday tickers

KIDDO NO 2

KIDDO NO 2
Lilypie Breastfeeding tickers
 
Blog Design by Template-Mama.