"Motherhood...What a glorious career!"


Sesiapa yang sedang mencari-cari rumah untuk dibeli di Seremban, mungkin ini pilihan yang baik kerana lokasinya terletak berhampiran dengan surau d& Pusat Perniagaan Taipan Senawang.

Alamat Rumah:
No 11, Jalan Cempaka 22
Taman Cempaka Fasa 2
70450 Seremban
Negeri Sembilan

Jenis Rumah: Teres Dua Tingkat (Freehold),

Rumah tengah dan berkeadaan baik

Saiz Rumah: 22' X 75' sq feet

Bilik : 4

Kondisi : tiada pengubahsuaian,

TETAPI LENGKAP DENGAN GRILL.

Lokasi : Terletak di hadapan Surau Al-Amin, Taman Cempaka 2, berhampiran Pasaraya Giant Senawang dan Pusat Perniagaan Taipan Senawang.

Jika berminat atau untuk keterangan lanjut, sila hubungi Syaffik 013-2089065, elly 013 3337978

30.4.10

surat untuk tok - part 8

tok tau tak aydan sangat-sangat suka menulis dan mewarna(color) sekarang.
ibu emo teringat kisah dia menang peraduan mewarna kat skolah,
dapat free lesson, music class kat terengganu dulu.
she was about standard one ke two gitu kan tok.(first time dan speaking nih)
ke tok lupa gak pasal ni wahahahahah.




dan baru nak start color (conteng sebenornya)
buku gedabak ni ibu beli lamaaa dah tok.
sikalang baru bukak kotak.




ini tom ke jerry?? cuba tok teka.



ishhh, sambil2 tu gigih tengok tom2bak tau!
tetap pujaan dan walaupun dok tanah pulau.




color, color,and color.




color lagi



sampai tertunduk tutup muka



nah! teserlah ke'flowerhorn' dan hehhe (keturunan jendul yatypower)



ibu ajar pegang lain,
tapi dan kan mana leh diajar,
tak macho tok.
janji dan pandai buat sendiri.
janji ber'color'.




penat ahh tok
duduk bawah pulak.



laaa.ada adik ni
lupa dah dan best sangat color.




adikkkkk,
meh color(tapi adik wat dek)



oooo, adik (serius tok, dan dah pandai cakap, ayat penuh lagi kadang2)




takpela, taknak join abang sudah.
abang pun boring dah color2 ni.
meh kita cucuk bontot color ni,
baru aktiviti bertambah



tok tak nak join?




lor, tido rupanya adik ni....
*
*
*
*
*
*


jap je tido,
pastu bangun,
dan meraung kena jentik telinga dengan ibu.

dan ingat marble bilik pun leh color.
ibu kata jangan color dinding aje,
dia tak kata marble sekali...(ayoyyoyoyoyoyoyoyo!)

28.4.10

surat untuk tok - part 7



morning tok,cayang skit ahhhh muahhssssss dari kami dua beradik.
tok masak pe breakfast?
kitaorang makan spageti lebih semlm.
kitaorang tuh adik le, dan tak hehe. dan menom saja.

tok ingat tak ibu start duduk bila?
.................
....................
.........................
mesti tak ingat kan...tau dah jawapan tok.
tapi dan rasa la..
lebih kurang dan sama adik aje kot.

tok ingat tak aydan start duduk bila?
arrr, mesti tok pun tak ingat kan?
eheheheh.
dan start duduk masa 7 bulan,
ni masa betul2 boleh duduk tanpa support.




8 bulan,
time ni adik dah boleh duduk sendiri.
kadang2 je terbalik ke belakang,
kalu mood dia baik terbalik kedepan.
kadang2 dia meraung tok!
kadang2 dia lak menggeletek gelakkn diri sendiri jatuh kot.
dan pun tak paham arr adik ni.



tok tengok arr dia duduk,
steady aje,
tapi sebenarnya baru terhuyung2 nak balance perut dia penuh spagetti tu.



opp,gambar blur,
nak suruh tok tengok jugak.



adik skang banyak cakap,
cakap tu kuat lak tu....



muka dia tak puas ati,
nape ibu tak nyempat2 alihkan towel adik tuh.
alahai....dah amik gambo br perasan.




ibu kata baju ni,
walaupun pakainya dua beradik,
tapi samaaaaaa je,
sama kecik,
sama pakai sampai 8-10 bulan,
untung!



arrrrr, waaa.......buuuuuurrr...
kadang2 kuor perkataan 'aaa baaaa'
adik panggil dan ek tok?
abiss la ibu tu merajuk.
dulu dan pandai panggil ayah dulu,
pastu tok...lasttt skali baru ibu.




marilah bergoyang...ewahhh..
kalu tok rindu sama adik,
borak la dengan adik.
mesti dia jawap balik.


bye bye tok...tatatattititititututututu.

kali ni dan takde.
ibu malas nak sorak2 kan dan soh amik gambar ;)

26.4.10

hari raisha binti abd rahim ler arini

hari ni birthday adik saya,

HAPPY BIRTHDAY CHA!

semoga panjang umur,murah rezeki,naik pangkat k.
dan janganla melawan ayah dan mak kite, orait babeh????

nah, along bagi hadiah hehehehe,




*
*
*
*
*
*
*


tapi sebab along tau cha tak makan (ini adalah kek ok?), so along pulang balik kodai ahhh, hehehehehe.
c u when i c u ;)

luv u mucho,
along.

surat untuk tok - part 6

tok,
arini tok dah mandi lum?shampoo rambut skali tak?
tok sama bu sama, ari2 mau sampu.
arini dan dan adik ibu sampukan.
ibu kata seminggu sekali saje, sebab bukannya nk pi wat keje apa pun hehe.




lawa tak hidung adik tok, hehe.ni br pas mandi.
brrrrr, sejuk air pagi.
tapii sini ada hot shower,
ibu tak berani guna takot kuar air gelegak kang.



sebenarnya ibu nak cerita pasal rambut kitaorang arr tok.
rambut sudah banyak,
ok ok...istilah banyak tu nanti orang gelak sebab masih ramai yang memanggil kami dua beradik botak kat sini.
tapi banyak arr dari dulu kan tok kan..
peduli apa orang nk kata apa.
ada tok kesah....heheheh



cuba tok teka ini sapa?



kalu dah kena pegang kepala mesti la adik. dok tegeleng2 tngok cartoon sama dan.
betul kan tok dah banyak?



tengok part yang bonjol tu pun dah tumbuh rambut.
ibu selalu lupa nak taruk minyak.
taruk depan mata pun tak hengat-hengat gak.
aparaaa.
ibu tu memang pelupa la tok,
semalam dia carik pisau,
rupanya ada dalam microwave.
tah mcmana tah leh sesat dalam situ.
ibu masih mencari jawapan ummmppphhh..



korek lombong dulu heheheheehehhe,
bnyak syiokk oooooooo.





arrr,ini sapa.
mesti arr abang encem tok kan?
time basah takde nampak 'keter' kan.
cuba time dah kering.
berpintal-pintal kek blakang.
rambut dan halus-halus aje tok.
tapi dan dan ibu syukur walaupun rambut dan tak banyak,
tapi dan tetap hensem hiihhihihihihi



sikat dulu kasi tambah hensem.
dan tak suka sebenarnya sikat rambut.
tensen tul perang dengan ibu,
dah la tadi perang gosok gigi,
ngengada ibu tu kan tok?



tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
abis sudah.
ibu kata dia rasa macam sebijik rambut dia masa umur 4 tahun,
dia ingat2 lupa.
poyo ibu tu tok,
pisau dapur tak ingat letak mana,
rambut belakang umur 4 tahun ingat pulok!

sekian saja cerita rambut dan sama adik.
peace!

24.4.10

surat untuk tok - part 5





tok...meh tido sama dan dan adik...meh mehhhh...kroihhhh kroiihhhhhh









adik tu kekenyangan sebenarnya tok.
dia bantai tidoq walker.
ibu biar aje.....teruk ibu tu kan??
tp biar jap je, nk amik gmbr tunjuk tok je hihih




dan dh tido katil seniri tok jgn jelessss hihi.
ibu kata sempit, tak leh nyibuk.
dan dh tau mlm je dan tido katil dan
tapi katil tu surela rapat dengan katil ibu.












good nite tok..
tok mesti rindu nk cium dan dan adik kan....
muuuahhhsssssss, ibu tolong ciumkan.

p/s : tok jgn tak lena tido mlm ni ye.

23.4.10

sujudlah pada Allah yang satu

baris baris sedia, berbaris ke akhirat

Barisan pertama: Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T : "Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat". Firman Allah "aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".

Barisan ke-2: Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah "mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk." Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.

Barisan ke-3: Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking "mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan. Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-4: Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut "Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5: Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar "Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6: Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7: Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulutmereka. Mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8: Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. Mereka adalah orang yg melakukan zina. Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".

Barisan ke-9: Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10: Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11: Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan. Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12: Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat. Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan. Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.. Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"


BACALAH YASSIN

RASULULLAH s.a.w
telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi
keberkatan", iaitu:

1.. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3.Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surahYassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s..a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.


22.4.10

Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah,anak kunci syurga.

dibawah, adalah satu artikel yang berkurun saya nak share dengan kawan2.
agak berat, bacalah bila hati lapang, jiwa tenang.
baru masyuuukkkkk boleh cerita kat anak2.
(biarpun jika kisah ini rekaan untuk menyedarkan kita yang jarang menghargai,jarang berfikir secara kritikal ini..masih lagi tidak menyimpang).
semua mahu masuk syurga.

*
*
*
*
*


Kisah ini menyimpan banyak rahsia besar. Rahsia yang menyingkap apakah silibus yang diajar kepada setiap paderi Katolik di Vatikan. Dan apakah fungsi Al-Quran di dalam altar khas di Perpustakaan Vatikan.

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan pengajiannya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam.

Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula-mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini." Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya.

Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. " Barulah pemuda ini beranjak keluar. Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?" Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."

Kemudian dia beranjak hendak keluar.

Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat." Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!"

(biru adalah soalan, merah adalah jawapan)

Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada lapannya, lapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."


-1 yang tiada duanya ialah Allah s.w.t.


-2 yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan Kami jadikan malam Dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).


-3 yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.



-4 yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.



-5 yang tiada enamnya ialah solat lima waktu.



-6 yang tiada tujuhnya ialah jumlah hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.



-7 yang tiada lapannya ialah langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. Berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).



-8 yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy Ar-Rahman. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada Hari itu lapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).



-9 yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu Dan belalang.



-Sesuatu yang tidak lebih dari 10 ialah kebaikan. Allah s.w.t. Berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).



-11 yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf.



-12 yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, "Pukullah batu itu dengan tongkatmu." Lalu memancarlah daripadanya dua belas Mata air." (Al-Baqarah: 60).



-13 yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.


"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!"
-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).

"Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?"
-Kuburan yang membawa isinya adalah ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

"Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga?"
-Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barangkami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, "tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagi muka pada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." (Yusuf:98)


"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? "
-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).


"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!"
-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

"Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api?"
-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).

"Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"
-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!"
-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah tipu daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

"Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"
-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.


Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja.

Permintaan ini disetujui oleh paderi. Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?" mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kebimbangannya, namun tidak berhasil.

Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak. Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah." Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda."
Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah."

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.

alhamdulillah.

21.4.10

surat untuk tok - part 4

salam tok,
muuuuahhhhhhhhhhhhhhhssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss.
tok mimpi ape semalam? hehe,dan rasa dan mimpi tok arr,
dan ngingau tido bwh ketiak ibu sudahnya,
mcm tido dengan tok,setepek!

tok watpe arini? makan dah?
dan belum lagik, ibu kata nk masak spageti,
tah betul ke tak ibu tu hehe.
ni pun sambil type, ibu siap2 nak pi giant bawak dan sama adik.
compiden gile ibu tuh nak bwk kete.

kali ni dan nak cerita pasal dan pi ropewalk lak weekend lepas.
kitaorang plan nk gerak awal,
tapi sangkut sebab dan tido lewat excited naik feri sebelum tu,
kul 9 baru gerak.
jauh gak tok dekat 30mins baru sampai(campuq jam)

sampai2 aje,ramaiiiiii nye orang tok!
nak parking dekat memang tak dapek la.
menapak dan sama adik,
adik okla jadik kanggaroo ayah kendong,
dan ni harr ibu pimpin,
sib baik dan kuat tok
minum susu banyak bagai johan aritu.
jalan ada gak 500m nak sampai sana.

ibu minta maaf tak amik gambar orang meniaga pe situ.
sebab aspek keselamatan,
nak jalan pun susah,
nak pimpin dan lagi,
tak leh nk amik gambar.
ibu pesan, yang HOBI tok tu ada la, cuma yang memang tok dah ada,
plus yang biasa2 piring dessert color transparent cam air mata gitu.
ada lagik yg kat luar,tepi2 corner, tapi ibu tak leh masuk sana,
laluan sempit,ibu tak leh nak bawak dan.
ada ibu pi jap tinggalkan dan sama ayah dan adik,
tapi ibu patah balik,sebab ramaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sgt orang yang kat pejalan kaki tu tok.
tapi ibu kata kalu wat comparison,
banyak lagik di kak jie/kak liza/amcorp tau tok!
sini kalu nak barang2 tembaga banyak lar!
berderet2 tembaga.



dah nak balik masa ni, masa baru sampai tak amik gambar sebab nak cepat tengok barang2,ayah pun excited tau tok.
lokasi ropewalk ni betui2 sebelah stadium pulau pinang saje.





tok nampak belakang tu penuh payung2?
arrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
itu le ropewalk.
namanya gitu sebab laluan pejalan untuk kaki merayap/shopping disitu macam tali2,
berpusing2!
yang ibu kata sendat orang tu tepi pejalan kaki belah kiri nun.(maknanya luar dari gate putih nun)



adik 5 kali tido bangun ayah gendong!
pastu bebel2 panas peluh basah dah baju dia.
dan maintain,heheheheeh.
maintain rambut kinting dan jadik rebonding heheheh.





sayang adik muahsssss,
adik jangan nanges k.abang dapat toys,
adik belum lagik.
toys dan RM2 sajek tok.
murah tol kat sini.
sini yang murah lagi adalah buah2an.
tok nak buah apa cakap aje.
anggur dia mcm anggur kena cucuk botox aje tok,kembong!



dan makan apam balik,
tok nak???
meh dan cuap alololololo







tembak tok, peng peng peng!!!!!!!
ok la tok, nak jalan masuk kete dah ni,

dan nak T.I.D.O zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz












penat arr tok jalan,pengsan dan!



masa abang tido, adik main2 dgn ibu.
dia maintain siap tukar baju lagik.



mata guli tok a.k.a cuomei






tok...............tok ni baca tak blog ibu,senyap aje tak comment.
ibu majuk kalu tak comment takmo arr upload gambar.
muahssssssssssssssssssssssssssssssssssss,sayang tok.

salam rindu dari tanah pulau,
cuomei & dandindon.

p/s : tok meh le tinggal seminggu sini,tokki takpe arr tinggal sana hantar maksu keje heheheheheheehheheehehehehehehehehehehehehehehehehehehheheeheheheheheh
Related Posts with Thumbnails

HUSBAND & WIFE

HUSBAND & WIFE

WIFE & KIDS

WIFE & KIDS

KIDDO NO 1

KIDDO NO 1

KIDDO NO 2

KIDDO NO 2
 
Blog Design by Template-Mama.