"Motherhood...What a glorious career!"


Sesiapa yang sedang mencari-cari rumah untuk dibeli di Seremban, mungkin ini pilihan yang baik kerana lokasinya terletak berhampiran dengan surau d& Pusat Perniagaan Taipan Senawang.

Alamat Rumah:
No 11, Jalan Cempaka 22
Taman Cempaka Fasa 2
70450 Seremban
Negeri Sembilan

Jenis Rumah: Teres Dua Tingkat (Freehold),

Rumah tengah dan berkeadaan baik

Saiz Rumah: 22' X 75' sq feet

Bilik : 4

Kondisi : tiada pengubahsuaian,

TETAPI LENGKAP DENGAN GRILL.

Lokasi : Terletak di hadapan Surau Al-Amin, Taman Cempaka 2, berhampiran Pasaraya Giant Senawang dan Pusat Perniagaan Taipan Senawang.

Jika berminat atau untuk keterangan lanjut, sila hubungi Syaffik 013-2089065, elly 013 3337978

21.4.10

surat untuk tok - part 4

salam tok,
muuuuahhhhhhhhhhhhhhhssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss.
tok mimpi ape semalam? hehe,dan rasa dan mimpi tok arr,
dan ngingau tido bwh ketiak ibu sudahnya,
mcm tido dengan tok,setepek!

tok watpe arini? makan dah?
dan belum lagik, ibu kata nk masak spageti,
tah betul ke tak ibu tu hehe.
ni pun sambil type, ibu siap2 nak pi giant bawak dan sama adik.
compiden gile ibu tuh nak bwk kete.

kali ni dan nak cerita pasal dan pi ropewalk lak weekend lepas.
kitaorang plan nk gerak awal,
tapi sangkut sebab dan tido lewat excited naik feri sebelum tu,
kul 9 baru gerak.
jauh gak tok dekat 30mins baru sampai(campuq jam)

sampai2 aje,ramaiiiiii nye orang tok!
nak parking dekat memang tak dapek la.
menapak dan sama adik,
adik okla jadik kanggaroo ayah kendong,
dan ni harr ibu pimpin,
sib baik dan kuat tok
minum susu banyak bagai johan aritu.
jalan ada gak 500m nak sampai sana.

ibu minta maaf tak amik gambar orang meniaga pe situ.
sebab aspek keselamatan,
nak jalan pun susah,
nak pimpin dan lagi,
tak leh nk amik gambar.
ibu pesan, yang HOBI tok tu ada la, cuma yang memang tok dah ada,
plus yang biasa2 piring dessert color transparent cam air mata gitu.
ada lagik yg kat luar,tepi2 corner, tapi ibu tak leh masuk sana,
laluan sempit,ibu tak leh nak bawak dan.
ada ibu pi jap tinggalkan dan sama ayah dan adik,
tapi ibu patah balik,sebab ramaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sgt orang yang kat pejalan kaki tu tok.
tapi ibu kata kalu wat comparison,
banyak lagik di kak jie/kak liza/amcorp tau tok!
sini kalu nak barang2 tembaga banyak lar!
berderet2 tembaga.



dah nak balik masa ni, masa baru sampai tak amik gambar sebab nak cepat tengok barang2,ayah pun excited tau tok.
lokasi ropewalk ni betui2 sebelah stadium pulau pinang saje.





tok nampak belakang tu penuh payung2?
arrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
itu le ropewalk.
namanya gitu sebab laluan pejalan untuk kaki merayap/shopping disitu macam tali2,
berpusing2!
yang ibu kata sendat orang tu tepi pejalan kaki belah kiri nun.(maknanya luar dari gate putih nun)



adik 5 kali tido bangun ayah gendong!
pastu bebel2 panas peluh basah dah baju dia.
dan maintain,heheheheeh.
maintain rambut kinting dan jadik rebonding heheheh.





sayang adik muahsssss,
adik jangan nanges k.abang dapat toys,
adik belum lagik.
toys dan RM2 sajek tok.
murah tol kat sini.
sini yang murah lagi adalah buah2an.
tok nak buah apa cakap aje.
anggur dia mcm anggur kena cucuk botox aje tok,kembong!



dan makan apam balik,
tok nak???
meh dan cuap alololololo







tembak tok, peng peng peng!!!!!!!
ok la tok, nak jalan masuk kete dah ni,

dan nak T.I.D.O zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz












penat arr tok jalan,pengsan dan!



masa abang tido, adik main2 dgn ibu.
dia maintain siap tukar baju lagik.



mata guli tok a.k.a cuomei






tok...............tok ni baca tak blog ibu,senyap aje tak comment.
ibu majuk kalu tak comment takmo arr upload gambar.
muahssssssssssssssssssssssssssssssssssss,sayang tok.

salam rindu dari tanah pulau,
cuomei & dandindon.

p/s : tok meh le tinggal seminggu sini,tokki takpe arr tinggal sana hantar maksu keje heheheheheheehheheehehehehehehehehehehehehehehehehehehheheeheheheheheh

20.4.10

surat untuk tok - part 3

salam tok.
aisey tok ni diam saje, takde pun nak komen.
penat aydan cerita.kalu tak cerita tok asyik boring aje takde berita cucu2 ibu kata.
tok sihat? tok dah makan?
aydan baru pas makan biskut chipsmore.ibu tak masak, ibu migrain la tok.
baring aje. ...

dan nak cerita kat tok pasal dan naik fewy (feri) masa weekend aritu.
arrr, ayah tak keje sabtu ahad dia bawak kitaorang gi jalan2 penang tok.
kalu tak dan takde jumpa ayah pun,
pagi kuar tido lagi,
malam balik pun dah tido.
ayah busy, ada budak2 PKBN kat kem ni.
PKBN peringkat negeri di penang.
dan suka tengok dorang kawad,dan pun pandai dah kawad.nanti dan demo kat tok hehe.
naik feri bukan pi mana pun tok,
pi sg dua makan char kuey tiaw dan nasi grg udang aje.
terbaikkkkkk!
nanti tok datang ibu bawak pi sana.

mula2 naik feri dan kakut kakut tok,
bergoyang2 kepala dan.
adik tu relek aje,
bila ibu bawak kuar dari kete, dia leh pejam2 mata kena tiup angin,
best tok naik feri,
tp ibu kata mahal 0.70 dari jambatan.
sib baik one-way aje kena bayo.


masa beratur nak masuk feri, kitaorang nampak kapal mewah ni.
sapa punye tah.
kan best ada satu,
senang dan nak balik puchong hehe.


tok tengok ramai kereta beratur nak masuk feri.




dan ralit tengok luar,
banyak kete la tok hari minggu ni.
mahal tapi orang naik gak.
bagi dorang mahal skit tapi jimat minyak and tenaga kot leh relek ats feri.



cakkk!
sampai juling adik nak amik gambar untuk tok hehe




tok tengokla air laut kena 'belah' dengan feri.dan suka tengok,
rasa cam nak mandi,....ohh....tp itu bila dan dh berani skit.
dan dok cangkung sambil tengok air,
pastu ayah dah bising kang jatuh sebab err...besi palang tu dah karat-karat.


adik relek dalam kete sama ibu



pastu adik dah boring nak kuar,sebab dia tengok dan kat luar sama ayah.
mula2 ibu cam gayat tok.
penakot ibu tu, nama je rotu dulu.
sebab goyang2 skit,jejak kaki pun rasa cam atas angin.
tapi pastu ok.dia gambar sakan dengan kitaorang.





kacau je nak tengok kapal laut.



ini jambatan pulau pinang hihi,kecikk aje tengok dari feri tok.
RM 22billion ni tok kos nya.



gambar feri sebelah dari dalam feri kitaorang.
feri pulau pinang nama dia.



ayah dah suruh duduk la tok,dah sampai ke seberang,tanah besar pulau pinang.



bye bye feri,nanti naik lagi.



tok mesti rindu dan sama adik kan?
tapi weekend camni tok tak rindu punya.
tok busy melawat tanah jajahan maha & amcorp.
tok kan YB heheheh.




dan dah boring!



muka boring habis sebab adventure dah abis.
dah abis, tatattata tok.
nanti tok datang meh la naik feri sama dan dan adik ek?
muahsssss.....

19.4.10

sanggupkah anakku?

khalifahku aydan,
mampukah keturunan ibu dan kamu :(
sanggupkah kamu anak lelaki ibu?......................................................


Inilah Jalan Yang Ditempuh Oleh Ulama-Ulama Sebenar dalam menegakkan Agama Islam.

Imam Syafie - Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah-belah masyarakat.

Imam Hanafi – Ditangkap, dipenjara, disebat, disiksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan dasar-dasar pemerintah.

Imam Maliki - Disebat dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.

Imam Hambali - Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap mereka lebih betul daripada ulama.

Sufyan Ath-Thauri - Seorang wali Allah yang termasyhur. Ditangkap tanpa bicara kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu hukuman hendak dijalankan kilat dan petir menyambar pemerintah dan menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbus tanah.

Said bin Jubair - Seorang wali Allah yang dikasihi harimau. Dibunuh kerana didakwa memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah.

Abu Yazid Al Bustami - Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah. Dituduh sesat kerana ilmu agamanya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapa berjaya memancungnya.

Abul Husin An Nuri - Wali Allah yang mampu menundukkan api. Ditangkap dan hampir dihukum kerana dia menentang tindakan pemerintah yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.

Imam Nawawi - Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang rakyat. Juga seorang wali Allah yang terkenal sepanjang zaman.

18.4.10

bruːˈnaɪ yang aman



BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei): Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin(orangnya kat atas) menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.
Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.



“Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini.


“Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak.


“Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran,” tegasnya. - AP


p/s : untung ko azrinaz, selamat dunia akhirat insyaallah!

17.4.10

sempit










orang yang sempit,
sempit otak,
sempit wang..

kalau sempit dua sekali lagi kalut,
kerana wang adalah raja segala-galanya.

zaman sekarang no money no story,
dok diam2 umpama katak bawah tempurung..
duhhhh!!!!!


p/s : pinjam dvd YO, ceritanya biasa2 saje, cuma pelakon utama shaheizy sam?
ooooohhhh, very da johnny depp,
loose da rantai la derrr, baru i lagik sukak.

16.4.10

dugaan dari Yang Maha Esa, baby Hana.

Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.

*
*
*
*
*
*
*
*

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.

Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.

Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.

Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat


1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.


2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.


3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.

Ayat Kursi

Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.



Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.



Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.



Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.



Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.
Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.
Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat.
Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin

Friends, sama-sama kita doakan keselamatan Baby Hana ni. Semoga doa kita diperkenankan Allah SWT.

p/s: i took this from my favourite blog, perempuan jomblo .

15.4.10

surat untuk tok - part 2

salam tok, muahhssss.
aisey arini berapa kali tok bukak blog ibu ke hehehe.
nape pulak tak jadi nak upload kat blog ke?
itula ibu pesan suruh tulis tok tak nak tulis,
kan dah lupa, nak kena tunggu ibu balik gak,
tapi tatau bila lagi boleh balik tengok tok,
ayah busy la tok,
ada panglima datang melawatla,
panglima tido sini la,
ibu pun sibuk dengan bakat,
tiap2 minggu ada je dia gi bakat, tinggal dan dengan ayah sama adik.
ibu kena jadik orang kuat bakat,sebab ibu tak kerja huhuhuhu




aa...cak....cak...tengok adik ,dan kata nanti kite keluar internet tau nape tak nak pandang camera?tok tengok tengkuk adik berlipat2 berkat makan nasik eehhehe



cu-o-mei tok 2 orang buat comei and manja,
tok tau tak sekang dan pandai wat perangai tak nak brush teeth,
dan tak suka la ibu tu tonyoh2 bagi bersih,
dengan ubat gigi lak ...eiiyy....memang skg pagi2 mandi mesti ada drama dengan ibu.
gigi dan ok je tok kan?,
minum vitagen,makan coklat, lollipop,semuanya makan sweet2 tok,
air teh ais pun dan dh pandai minum,
ibu bising..tapi ayah bagi nak wat canne,
aritu umah opah ngah dan minum kopi ais,
itu dia ibu kata, TERBAIK DARI LADANG heheheheh




sorry le dan baru balik taman,
berlengas,rambut dan pun straight sebab basah,
dan terposing senget tak sempat nak senyum,
tak sempat2 nak posing dah, letih tok..
dan ada kawan sini, nama dia haykal.
dia tak reti cakap sangat, dan yang cakap sorang,
dan ada rabbit tok kat sini,
bukan kat rumah arr, ibu kata tak koserr banyak taik, taik dan dengan adik lagi..nak dikerjakan nanti hehe..tapi kat mess ayah,
dan suka tgk rabbit tu,tapi pegang kakut kakut kakut ahhh tok.
dan bagi nama dia 'bit'
ayam pun ada tok,ayam katik atau serama,
nanti dan soh ibu amik gmbr dan dengan bit okeh?




tok breakfast apa pagi tadi?
dan tadi breakfast biskut marie.
xmo makan lain, tak best!



ehhhh, lupa lak nak citer adik,
adik skang eksen tau tok,
dia pandai lentokkan kepala dia kat sandar kepala walker tu,
bila ibu gurau2 mula la dia,
ngendeng2 aje...
dan pun ngendeng gak,
mana leh adik sorang hehe



lupa nak info tok,
adik skang terer dok seniri dah arrr....
kadang2 je terbalik ke depan,
kelepoppppp..menjerit la dia kalu bukan atas comforter
takde tanda nak berdiri ibu kata,
ikut dan kot lambat skit bagi ibu rest nanti asyik nak tengok berdiri bahaya jatuh.





kan ibu dah bagitau dan ada amik byk gambar sendiri,
hehehehehehehehehehehe..
dan pun nak jadik blogger kot bila baligh nanti,
macam tok arr,
tapi nape arr tok leh lupa canne nak update/upload gambar?
bukan ke aritu dah expert,
itula ibu soh tulis......tok xmauuu!




kat tv tu la dan tgk cartoon tok, siang kitaorang landing comforter depan tv,
faktor keselamatan kata ibu senang semua depan mata dia,
adik tu tok kalu dah menjulur satu bilik sampai ke toilet pun dia dh boleh masuk,
dan kena sentry adik kalu ibu mandi, kalu tak ke ruang tamu dia jelajah.




sebenarnya kan tok....sebenarnya kan...
kitaorang dua demam panas...dah demam mesti panaskan?
tak nak bagitau tok, risau tok susah hati,
doktor askar cakap biasa la cuaca panas kan,
siap masuk ubat bontot dan dan adik,
sini ramai dah masuk sepital tok,
anak mejar tu, anak sarjan ni,anak koperal nun,
semua demam panas 39 degrees!
tok doakan dan dan adik cepat sembuh ye,
jangan susah hati, ibu dan ayah jaga tiptop,
sekali sekala je dia biar nanges tak hengat donia hehehe.

adik pun kena banyak minum air, so tu yang ibu kena topup botol takut dehydration,
tapi adik tu bagi sebotol bukannya cukup,
berbotol2 sudah!

oohh...mana leh demam je,package la tok,
batuk selsema sekali kami dua beradik,
tok bayangkan dan nak makan ubat kat puchg dulu canne?
kali dengan tenaga skang...sampai berdiri2 dan tok makan ubat punya pasal.
aiiiihhhhhhhh.......

malu dan dengan adik,
dia nganga je makan ubat macam makan nasik.

luv u,
dan din don & cu-o-mei

tazkirah pagi khamis

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah (SWT)limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah (SWT)memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah (SWT)tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. " (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah (SWT), yang menjadi sebab Allah (SWT)jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:

"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah (SWT)s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah (SWT)jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:

"… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah (SWT)
Banyak ingat Allah (SWT)buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah (SWT)beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah (SWT). Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah (SWT)hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:

"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah (SWT)akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:

"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT)) daripadanya. " (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:

"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah (SWT)lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah (SWT)akan menunaikan hajatnya…" (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:

"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya. "

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:

"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya. " (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah (SWT). Baginda s.a.w. bersabda:

"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah (SWT)akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah (SWT)dan menjadi sebab Allah (SWT)buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah (SWT)azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah (SWT)membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah (SWT)menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah (SWT).

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah (SWT)dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah (SWT)
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah (SWT). Lawannya adalah kufur nikmat. Allah (SWT)berfirman:

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: "… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah (SWT)lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah (SWT), al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca "Ya Allah (SWT)ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah (SWT), bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim." Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah (SWT), penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah (SWT)suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah (SWT)berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah (SWT)beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah (SWT). Firman-Nya:

"Barang siapa bertawakal kepada Allah (SWT), nescaya Allah (SWT)mencukupkan (keperluannya) ." (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:

"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah (SWT)dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah (SWT)akan beri "jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah (SWT), lalu Allah (SWT)limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

14.4.10

surat untuk tok - part 1

salam tok,
tok buat apa tu?
aydan dengan adik kat sini tak buat apa pun,
hari2 tengok tomtombak, cartoon cars
petang aydan ikut la ayah pi mess atau opis,
ayah bagi main playground la tok,
tapi sini panas, bila aydan balik rumah mesti rambut kerinting dan jadik lunyai basah.

tok dah makan ke?
aydan kat sini tak suka makan tok, dan minum susu aje.
kadang2 ibu masak pun dan tak mo makan,
ibu tensen tapi ibu cool bila adik yang abiskan.
nape dan xmo makan ye tok.
dan nak makan nasi ayam aje ari2,
ibu tak bagi,
dia kata nanti tok bising banyak msg dalam sup ayam tuh,
betul ke tok?

ibu kata dia nak upload gambar2 dan dengan adik,
satu kali 10 gambar, tapi tok kena la rajin masuk blog ibu hehehehehe
teruk ibu tu kan....dia kata dia tak nak bagitau bila2 rajin dia buat la,
ada beribu tok gambar kitaorang dalam hp ibu tu.
tok tak nak ke upload gambar tok bagi dan tengok gak?




ibu kata pakai songkok ensem, ensem ke tok? ada gaya uztaz tak tok?
tok mesti suka kalau dan jadik uztaz,ibu pun suka,
tapi ayah kata kalau uztaz pun xpe,janji uztaz askar.



masa ni kacau je ibu, nak minum dia dok soh senyum2.



panas tok sini...basah dalam songkok ni.tapi demi tok, dan posing gak heheh



salam tok,muahhhsssss.....hehhe, ni adik bagi posing manja.
tok nampak tak toys kat tangan adik,
itu opah ngah bagi, umah dia banyak sangat toys dia kata.
cucu dia kan ramai yang dia jaga.



arr, tengok, tok dah senyum-senyum sorang tu.senyum je ye tok, xmo nangis tau.
x rock la adik dengan abang jauh2 ni tok sedih sorang2,
meh la sedih dengan ibu..
ibu tu ari2 badmood,
badmood sebab abang selalu kacau adik,
asallepa aje abang gigit adik, sampai berbekas tau tok!
adik nk balas lik, tp gigi tak dak lagi la tok hehehehe



ibu nak kata dia kurus turun 3 kilo tok dok sini,
ye ke tok?macam perasan je ibu tu...



ni dan tengah tunggu nasik ayam, kan dan dah kata dan nak ari2,
sampai dan tak sedap la nasik tu baru tak nak,
macam saper je perangai kan tok..
macam bujang senang senior aje heheheh




dan suka ketuk2 lantai, toys, almari, termasuk le adik,
sebab semuanya keluarkan bunyi bila dan ketuk,
tok tok tok
tok tok tok
lagipun dan tengok ibu ketuk dinding macam best aje,
sebab ibu kata kalau tunggu ayah...humm..berkurun!



tok tau tak adik skang laju jenaik walker,
pantang silap kang terselit kaki ibu dalam walker sebab adik langgar,
ibu marah dan kalau dan nak naik,
dan baru 11 kilos, ibu kata berat tak boleh nanti patah,
yeke tok??



tok tau tak?
walaupun dan tak suka borak dalam tipon,
dan sebenarnya rindu dengan tok,
dan kan control macho,
mana boleh tunjuk weakness ...ayah bising oooooo kalu lelaki banyak songeh hehe
tapi tok tetap dihati dan dan adik dan ibu jugak sibuk aje ibu tu

dan amik gambar ni sendiri khas buat tok,
betul dan tak tipu,
banyakkkkk lagi gmbr2 lain dan dh pandai amik seniri,
nanti ibu upload lagi,
tapi tok kena stay tune selalu okeh....

muahhhhhhhssssssssssssssssssssss

luv u so much tok,
-aydan dan adik-
Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers

HUSBAND & WIFE

HUSBAND & WIFE

WIFE & KIDS

WIFE & KIDS
Lilypie Third Birthday tickers

KIDDO NO 1

KIDDO NO 1
Lilypie First Birthday tickers

KIDDO NO 2

KIDDO NO 2
Lilypie Breastfeeding tickers
 
Blog Design by Template-Mama.