Bila tengok dia, memang tak sangka, lagi sikit tahun untuk menjadi 60’s.
Rambut banyak putih-itu tanda banyak berfikir,
kulit pun sudah kedut -itu tanda wisdom of youth,
mata pun spec sederhana tebal – itu tanda pandai jaga tu,banyak baca quran
badan sederhana kurus tidak,gemuk jauh sekali,bmi aje tersasar –
itu tanda pandai membahagikan masa antara urusan akhirat dan dunia
cakap banyak berlapik – itu tanda mahu menjaga hati,
berbaju pun suka warna terang – itu tanda nak bagi nampak muda
bila aku 7 tahun, aku ingat lagi nampak dia besar,tinggi,handsome sebab orang dulu berjanggut berjambang berbagai.aku kena dongak sebab dia tinggi sangat.
bila aku 10 tahun, darjah 4, aku nampak dia segak tak kisah apapun dia pakai.dulu dia kerja pengurus, smart memanjang dengan baju lengan panjang bila ke ofis. Duduk dengannya di KL pun best sebab asyik berjalan kesana sini.
bila aku 15 tahun, Form 3, aku nampak dia garang. Sebahagiannya sebab aku degil, banyak rebel secara diam, nakal tak ingat! Asal tak puashati buat perangai.Sampai nak minta maaf pada ibu pun dia yang memujuk.aku masih budak, keras hati macam konkrit.sekali pikir, macam jiwa lelaki.
bila aku 20 tahun, aku dan dia beza berapa inci saja.aku nampak dia cooling,more to caring, banyak slow talking,banyak nasihat.SATU yang paling aku ingat sampai mati, women are born losers.(tak merujuk mana2 yang berkenaan, ini aku sendiri akui walaupun korang rasa tak betul.tapi ingat, perempuan mempunyai banyak ruang untuk ke syurga,kita ada suami,ibubapa,abang,pak sedara yang membimbing dan melindungi). Bila hati gatal bercinta(part ni ibu ku cukup anti- kes selongkor bilik cari bukti ni hehe), mesti utamakan sifat2 seperti dia. Kononnya yang pandai menjaga keluarga dan paling utama mampu membuatkan aku ketawa.
bila aku 25 tahun, aku tengok jatuh bangun hidupnya. Seperti roda, diatas dan dipenyek.Biarpun tak faham, tapi jiwa aku mengerti, tapi buat2 tak paham. Hidup mesti senang….biarpun ku tak mampu menolong, ku doakan yang terbaik dan termudah untuk kehidupannya.dia tetap tabah, katanya dia tiada siapa lagi melainkan kami.malah ada lawak-lawak yang tetap ku kenang. Kerja keras, mesti makan kenyang..bila lapar lambat mkn, ANGRY WHEN HUNGRY- tengah lapar memang ayatnya pedas macam cilipadi.demi kami, kehendak ditunaikan sedaya upaya. Kata orang, benar anak sukar memahami beban hidup ketua keluarga. Kalau aku lelaki, aku TIDAK MAMPU dari semua segi jika ditempat dia. Ku ulangi, TIDAK MAMPU!
Bila aku nearly 30’s,baru aku paham kitarannya.
Tiada yang senang melainkan datangnya susah, tiada yang baru jika lama tak wujud.
Aku faham betapa sayangnya aku pada ayah pun tak dapat kembalikan mudanya.
Betapa menyesalnya aku pada ayah pun tak dapat kembalikan masa lalu.
Betapa beharganya masa kini dengannya, penuh dengan doa kesyukuran dan permohon dari Allah S.W.T supaya dia hidup dalam kegembiraan dan kesihatan yang paling paling terbaik. Jika diberi peluang kembali.aku tidak mahu mensia-siakan jasa dia pada kami.
DIA adalah AYAHKU, PEMBERI SEMANGATKU, PENGAJAR ERTI KEHIDUPAN KU, dan insyaallah sebagai satu JAMINANKU ke syurga-------mr. abd rahim bin md. ali
HAPPY 5*TH BIRTHDAY AYAH, you’re everything that I wish to be.
---- BERJIWA KENTAL & TABAH BILA MENGHADAPI KESUSAHAN----
Semoga Allah memberkati hidupmu dunia akhirat, diberi kesihatan yang paling baik, ketenangan jiwa dan semoga Allah menghadiahkan syurga Jannah bagimu atas semua pengorbanan, penatlelah, doa2 mu, bimbinganmu pada kami.
-------------------------------------------------------------------------
warga emas yang celik IT, kelassssss...hehe
duduk mesti ada style, takde la kematu mengadap internet
bang, kena cepat makan nih..sedap nih..leh order lain nih..biar je cucu tu dengan ibu dia..
blubery cheese
12 years ago
3 comments:
sodapnye makan ye
hepi besday uncle ray..
(haha. bole camtu?)
selanmat harijadi tuk the father...
untung & hargailah ibubapa sementara ada
Post a Comment