selamat tahun baru anak-anakku.
detik 1 muharram untuk permulaan tahun sebagai dua beradik,
jadilah anak2 yang sabar, ketabahan hati, yang mendengar kata,
yang tahu membezakan mana satu permainan, mana satu kebenaran,
jadikanlah dirimu pendinding hari tua ayah ibu,
doakan ayah yang selalu jauh dari kamu,
ibu yang hanya dua tangan untuk mendidik kamu,
membesarlah dengan penuh kasih sayang, kehormatan & harga diri yang tinggi,
semoga tahun ini membawa kekuatan dan semangat yang lebih dari sebelumnya,
sayang selalu,
:: ibu + ayah ::

Doa Akhir Tahun. Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."
Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata, "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".
(click doa untuk preview besar)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Berlakunya Hijrah adalah selepas termeterinya MoU di antara Rasulullah saw mewakili Muhajirin dan 75 orang Ansar mewakili umat Islam di Madinah. Peristiwa Bai’ah Aqabah II penuh rahsia ini berlaku di kawasan dikenali hari ini dengan Masjid Bai’ah. 73 lelaki dan 2 wanita, Nusaibah binti Kaab dan Asmak binti Amru berjanji untuk berdepan dengan Kuasa-kuasa Besar Dunia, Rom dan Parsi, demi mempertahankan Rasulullah saw dan kedaulatan Islam di Madinah. Ganjaran untuk mereka adalah Syurga sahaja tanpa mendapat apa-apa dari habuan dunia. Para Ansar pula khuatir setelah mereka berhempas pulas membantu Nabi saw menang, selepas mengalahkan Quraisy, Nabi saw akan meninggalkan mereka dan pulang ke Mekah, kampung halamannya. Dengan kata lain, mereka sekadar dijadikan batu loncatan cita-cita politik Nabi saw semata-mata untuk sementara waktu. Nabi saw menjawab, “Balid Dam Al-Dam, wal Hadamul Hadam …” (Bahkan kita sama-sama luka dan binasa. Aku memerangi mereka yang memerangi kamu. Aku berdamai dengan sesiapa yang berdamai dengan kamu wahai Ansar!!)”.
Sepuluh tahun selepas itu, selepas menawan Mekah, memenangi Perang Hunain dan beroleh harta rampasan yang banyak, Rasulullah saw menghadiahkannya kepada para Muallaf Mekah hingga habis segala ribuan unta, lembu dan kambing sehingga tiada satu pun yang tinggal untuk para Ansar. Di kalangan Ansar berbunyi mengatakan Nabi saw hanya beri orang kampungnya sahaja, dan takda untuk orang Madinah. Nabi saw memanggil orang Ansar dan berkhutbah bermaksud, “Tidakkah kamu dahulu sesat, hari ini Allah beri PetunjukNya?. “Benar ya Rasulullah!”, jawab mereka. “Tidakkah dulu kamu bermusuhan, hari ini kamu semua bersaudara?”. “Benar ya Rasulullah !”, jawab mereka lagi. “Tidakkah kamu suka kabilah lain membawa unta, lembu, kambing dll balik ke kampung mereka, sedang kamu wahai Ansar balik ke Madinah membawa aku, rasul Allah!”.
Ansar tersedar akan hakikat yang mereka tidak sedari. Nikmat membawa pulang seorang Rasul Allah, pembimbing mereka ke Akhirat dan keredhaanNya lebih besar nilainya dari membawa pulang ribuan unta, lembu dan kambing. Sekalian Ansar menangis di situ juga kerana dunia melupakan mereka hakikat dan nikmat yang lebih besar. Menangis kerana Rasulullah saw melebihkan mereka demi Akhirat mereka. “Kami redha dengan cara pembahagian yang dilakukan oleh Rasulullah saw !!”, kata orang-orang Ansar.
Lebih sepuluh tahun lalu mereka dan Rasulullah saw memeterikan Bai’ah Aqabah II, hari itu kedua-dua pihak masih teguh dengan perjanjian tersebut iaitu (1) Ganjaran Syurga dan tiada habuan dunia, dan (2) Nabi saw akan terus tinggal di Madinah dan tidak menjadikan Madinah sebagai batu loncatan sementara semata-mata. Hakikat-hakikat ini mesti difahami dan tertanam kukuh di dalam sanubari sekelian para Duat, sekiranya dia ingin menjadi pejuang Islam hakiki, iaitu para Ikhwah dan Akhawatnya itulah teman sejatinya dalam perjuangan hingga ke akhir hayatnya, dan bukan tempat batu loncatan sementara dia mengejar cita-cita politiknya dimana bila agak nampak ruang dan peluang untuk naik, dia meninggalkan Ikhwah Akhawatnya dengan berbagai hujjah dan alasan. Lupa janji, kesetiaan, keaslian manhaj, ukhuwwah, fikrah yang sahih, amal jamaiyy, tarbiyah dan sebagainya. Sungguh Hijrah meninggalkan banyak petunjuk di sepanjang Jalan.
Setelah melalui Jalan Dakwah ini hampir 30 tahun lamanya, di samping untung dan pentingnya memiliki teman hidup atau isteri yang sejati, mempunyai teman perjuangan yang hakiki juga memberi daya dorongan dan kejayaan yang amat besar. Sebaliknya jika bergerak nampak beramai tetapi hakikat ukhuwwah dan kesungguhan anda keseorangan, maka ia membantut amal dan menghalang keberkatan dan kejayaan. Setelah beriman dikalangan orang yang terawal, menarik ramai orang masuk Islam dan membenarkan peristiwa Israk Mikraj yang tak terjangkau oleh akal manusia, Abu Bakar As-Siddiq ra meminta izin Rasulullah saw untuk berhijrah. Nabi saw meminta dia tunggu dengan sabdanya bermaksud, “Mudah-mudahan Allah mengadakan bagimu seorang teman (dalam Hijrah)”. Gembira tak terkata, Abu Bakar ra menyiapkan 2 ekor kenderaan Hijrah untuk Rasulullah saw dan dirinya sendiri.
Detik bersejarah iaitu Hijrah Rasulullah saw dicipta bersama-sama dengan sahabatnya yang paling setia. Mereka juga bersama berdua di dalam Gua Thaur. Hakikat ini bukan sahaja disahkan oleh sejarah, tetapi direkodkan Allah swt hingga ke Hari Kiamat dengan firmanNya, “Ketika kedua-dua mereka di dalam gua. Ketika dia berkata kepada temannya, ‘Jangan takut, Allah bersama kita’ ". Demikian hakikat perjuangan dan teman iaitu berdua, teman dan kita, bukan berseorang, musuh dalam selimut dan aku !!
Jemaah Islam yang memperjuangkan Islam dengan sebenar-benarnya harus mengamati hakikat ini. Ia mesti bebas sebebas-bebasnya dari percaturan yang terdapat dalam parti-parti politik kepartaian dan badan-badan tidak Islamik yang sering kedapatan tikaman-tikaman dari belakang dikalangan barisan kepimpinannya, kemudian merebak ke bawah di kalangan ahli pula. Akhirnya perjuangan tak mana, tidak berjaya. Kalaupun menang, kemenangannya tidak berbentuk Islam yang sejati.
Hakikat perjuangan dan Jalan Dakwah ini banyak ditunjukkan oleh detik-detik di dalam Hijrah. Memadailah kita lihat beberapa detik sahaja dalam posting kali ini. Yang penting, walau sedikit, Allah swt beri kita taufiqNya sehingga dapat kita amalkan dalam perjuangan.
“Sesiapa yang tidak diberi Allah cahaya, maka tiadalah baginya cahaya (petunjuk) untuk mengamalkannya” (Al-Quran).

No comments:
Post a Comment