"Motherhood...What a glorious career!"


Sesiapa yang sedang mencari-cari rumah untuk dibeli di Seremban, mungkin ini pilihan yang baik kerana lokasinya terletak berhampiran dengan surau d& Pusat Perniagaan Taipan Senawang.

Alamat Rumah:
No 11, Jalan Cempaka 22
Taman Cempaka Fasa 2
70450 Seremban
Negeri Sembilan

Jenis Rumah: Teres Dua Tingkat (Freehold),

Rumah tengah dan berkeadaan baik

Saiz Rumah: 22' X 75' sq feet

Bilik : 4

Kondisi : tiada pengubahsuaian,

TETAPI LENGKAP DENGAN GRILL.

Lokasi : Terletak di hadapan Surau Al-Amin, Taman Cempaka 2, berhampiran Pasaraya Giant Senawang dan Pusat Perniagaan Taipan Senawang.

Jika berminat atau untuk keterangan lanjut, sila hubungi Syaffik 013-2089065, elly 013 3337978

6.5.10

tazkirah khamis : jangan makan pastu minum, dengan setan ok?

benda simple kadang2 kite lupa,
nk plak mkn western,
org sebelah jeling aje kalu mkn belah kanan.
apahal????


Imam Ahmad meriwayatkan melalui hadis Ismail ibn Abu Hakim daripada Urwah daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda,

"Barangsiapa yang makan menggunakan tangan kiri, sesungguhnya dia makan bersama syaitan. Barangsiapa minum dengan menggunakan tangan kiri, sesungguhnya dia juga minum bersama syaitan."
(HR. Imam Ahmad)


Imam Ahmad berkata bahawa Muhammad ibn Jaafar telah menceritakan kepada kami, Shu'bah relah memberitahu kepada kami daripada Abu Ziyad al-Tahan yang mendengar Abu Hurairah r.a. mengatakan bahawa beliau telah mendengar daripada Nabi SAW bahawa,
"Baginda telah melihat seorang lelaki yang minum sambil berdiri. Lalu baginda menegur lelaki itu dengan bersabda, "Awas!" "Kenapa?", tanya lelaki itu dengan nada terkejut.

Nabi SAW menjawab, "Adakah engkau suka jika engkau minum dengan seekor kucing betina?" "Tidak," jawabnya.
Sambung Nabi SAW lagi, "Sesungguhnya ketika kamu minum tadi, ada makhluk yang lebih buruk daripada kucing telah minum bersama kamu iaitu syaitan."
(HR. Imam Ahmad)


Imam Ahmad juga telah meriwayatkan bahawa 'Abd al-Razzaq telah menceritakan kepada kami, Ma'mar telah menceritakan kepada kami daripada al-Zuhriy daripada seorang sahabat daripada Abu Hurairah r.a. mengatakan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Jika seseorang yang minum sambil berdiri, tahu apa yang ada di dalam perutnya nescaya dia akan muntah kembali."
(HR. Imam Ahmad)

Imam Ahmad berkata bahawa Musa telah menceritakan kepada kami, Ibn Lahiah telah menceritakan kepada kami daripada Ibn Zubayr bahawa beliau telah bertanya kepada Jabir, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,
"Apabila seorang lelaki memasuki rumahnya sendiri, lalu dia menyebut nama Allah SWT ketika dia masuk dan ketika dia makan,
syaitan akan berkata (kepada kaumnya), "Kamu tidak dapat tinggal dan makan disini." Apabila lelaki itu masuk ke rumahnya tanpa membaca nama Allah SWT, syaitan akan berkata (kepada kaumnya),
"Kamu dapat tinggal dan makan di sini."
Jabir berkata, Ya! Benar katamu itu."
(HR. Imam Ahmad)

No comments:

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers

HUSBAND & WIFE

HUSBAND & WIFE

WIFE & KIDS

WIFE & KIDS
Lilypie Third Birthday tickers

KIDDO NO 1

KIDDO NO 1
Lilypie First Birthday tickers

KIDDO NO 2

KIDDO NO 2
Lilypie Breastfeeding tickers
 
Blog Design by Template-Mama.