"Motherhood...What a glorious career!"


Sesiapa yang sedang mencari-cari rumah untuk dibeli di Seremban, mungkin ini pilihan yang baik kerana lokasinya terletak berhampiran dengan surau d& Pusat Perniagaan Taipan Senawang.

Alamat Rumah:
No 11, Jalan Cempaka 22
Taman Cempaka Fasa 2
70450 Seremban
Negeri Sembilan

Jenis Rumah: Teres Dua Tingkat (Freehold),

Rumah tengah dan berkeadaan baik

Saiz Rumah: 22' X 75' sq feet

Bilik : 4

Kondisi : tiada pengubahsuaian,

TETAPI LENGKAP DENGAN GRILL.

Lokasi : Terletak di hadapan Surau Al-Amin, Taman Cempaka 2, berhampiran Pasaraya Giant Senawang dan Pusat Perniagaan Taipan Senawang.

Jika berminat atau untuk keterangan lanjut, sila hubungi Syaffik 013-2089065, elly 013 3337978

16.5.10

yang menguap wa wa wa

tak comel / tak ensem seseorang menguap tak tutup mulut,
nampak anak tekak, dan lobang hidung tambah extra 2inci.
tak kira ah!



Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap.
Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah' , maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah! '. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya.
(Hadith Riwayat Bukhari)




Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: “Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka.”
Riwayat Imam Muslim Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu.”
(Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi)




Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin.”
(Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi)





Pengajaran daripada maksud hadith, antara adap-adap menguap dan bersin:
1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.
(nak pulak subuh subuh)
2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.
3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin. (warrrrrgggggg nganga besar nampak?)
4. Sunat ketika bersin mengucapkan “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan “Yarhamukallah” .
5. Sunat mengucapkan “Astaghfirullah” selepas menguap.




mudah, tak membebankan.cuma kena ingat dalam kepala otak.
baby tak pe, dia comeiii,
tapi kita orang besar kena tutup mulut dia heheheh.



No comments:

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers

HUSBAND & WIFE

HUSBAND & WIFE

WIFE & KIDS

WIFE & KIDS
Lilypie Third Birthday tickers

KIDDO NO 1

KIDDO NO 1
Lilypie First Birthday tickers

KIDDO NO 2

KIDDO NO 2
Lilypie Breastfeeding tickers
 
Blog Design by Template-Mama.